True Love Photography



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua


Alhamdulillah dapat lagi bersama-sama dengan anda semua yang mengunjungi blog ini, terima kasih banyak-banyak kerana sudi melawati blog ini.. Pagi yang indah ini kami nak kongsi dengan anda semua terutama sekali bakal-bakal pengantin tentang sebuah majalah yang diberi nama "INSPIRASI PERKAHWINAN".

Majalah ini mempunyai banyak tips, busana perkahwinan terkini, D.I.Y, iklan-iklan dan pelbagai lagi tajuk menarik yang boleh anda baca dan membuat pilihan dalam menentukan suasana, dekorasi dan keindahan majlis perkahwinan anda.


Segala info dan pengetahuan bagi anda yang kurang mengetahui apa yang diinginkan pada majlis perkahwinan anda boleh lihat di dalam majalah ini kerana terdapat banyak gambar-gambar yang boleh memberikan idea dan inspirasi untuk majlis bersejarah anda.





Dalam majalah ini juga kami dapat mempelajari setiap sudut gambar yang boleh kami terapkan dalam setiap tugasan yang dijalankan, mengkaji setiap gambar yang ada di dalamnya adalah ilmu yang paling harus diterapkan agar dapat memberikan hasil kerja yang bermutu serta menambahkan ilmu yang sedia ada kerana ilmu adalah pelita yang menerangi setiap insan. 


P/S : kepada anda yang nak mendapatkan majalah "Inspirasi Perkahwinan" ini boleh pergi ke kedai-kedai buku yang berhampiran dengan anda dan harganya amat berpatutan serta isi pun padat...Anda boleh like FB Inspirasi Perkahwinan di SINI. Selamat Membaca!!

P/S : Ini bukan promo..ini adalah perkongsian untuk anda semua bakal-bakal pengantin & pelanggan kami.

Leave a Reply