Assalamualaikum...
Harap anda semua sihat belaka!! Alhamdulillah sudah 18 hari kita berpuasa bermakna tinggal 12 hari sahaja untuk kita berpuasa dan meningkatkan amal ibadat kita yang selama ini jarang dilakukan pada bulan-bulan sebelumnya, diharapkan ia akan berterusan bukan untuk anda sahaja tetapi untuk diri KAMI juga :)
Baiklah, hari ini KAMI ingin berkongsi tentang APA ITU CUSTOM ALBUM? mungkin ada yang tahu tentang apa yang KAMI ingin ceritakan ini..namun ada juga yang tidak mengetahuinya lagi..jadi di sini kami akan menerangkan tentang album yang KAMI maksudkan ini.
Cover hadapan yang dilitupi dengan glass.
Apa itu Custom Album?
Custom Album adalah sebuah album yang eksklusif khas yang direka khas serta mengandungi grafik yang menarik dan dicetak terus menggunakan material yang berkualiti tinggi dan disusun mengikut atur cara majlis perkahwinan anda.
Kelebihan Custom Album?
Custom Album yang dihasilkan lebih tersusun dan kemas berbanding album-album yang sedia ada kerana ia akan disusun mengikut "flow wedding" anda. Disamping itu juga ia dibuat daripada material yang tahan lasak dan tidak mudah rosak serta kalis air kerana itu kelebihan diberikan custom album berbanding dengan album-album yang lain.
Cara penjagaan?
Untuk penjagaan album ini, anda tidak perlu penjagaan yang rumit tetapi mengelakkan daripada meletakkan di kawasan yang panas seperti di dalam kereta, di atas peti ais, di kawasan suhu bilik yang tinggi dan memberikan anak-anak kecil bermain. Jika anda meletakkan di tempat yang panas ini akan menyebabkan materialnya mudah rosak kerana ia amat sensitif di kawasan yang panas.
Hanya satu sahaja yang mampu KAMI ungkapkan ianya adalah senyuman yang terukir di wajah anda, itu yang KAMI selalu lihat apabila pelanggan-pelanggan yang kami pernah berkerjasama memberikan respons yang baik kepada KAMI..dan di situ akan memberikan kepuasan buat KAMI dalam setiap kerja yang KAMI lakukan.
Sebarang pertanyaan tentang Custom Album atau tempahan boleh hubungi :
Sebarang pertanyaan tentang Custom Album atau tempahan boleh hubungi :
019-4761407 - Love Capture.
Categories:
CUSTOM ALBUM