True Love Photography

Bidang fotografi perkahwinan bukan sesuatu bidang yang mudah dan senang untuk dilakukan,  banyak faktor yang perlu diambilkira dari segi sudut gambar yang perlu diambil, pengcahayaan, cara berkomunikasi bersama dengan pelanggan, disiplin, mampu bertahan dari mental & fizikal, kreatif & cekap dalam penghasilan album dan proses editing untuk sesuatu album.

Kerja ini dilakukan bukan sehari dua tetapi boleh sampai sehingga dua atau tiga bulan, kerana untuk menghasilkan sesuatu album yang menarik memerlukan mood yang baik & tenang, disebabkan itu ada di antara jurugambar yang bekerja sepenuh masa banyak menghabiskan masa berjaga pada waktu malam untuk menyiapkan album kerana pada waktu itu adalah waktu yang paling tenang.

Perkhidmatan yang baik bergantung kepada kualiti dan kepercayaan yang diberikan daripada pelanggan kepada kami.Harga yang ditawarkan adalah setimpal dengan usaha yang kami curahkan untuk anda, semakin kuat kami usaha semakin tinggi kepercayaan yang kami mahukan dari anda.

http://sigmanuhq.files.wordpress.com/2011/05/quantity-vs-quality-infographic.jpg 

Dengan kepercayaan yang anda berikan itu lebih membakar semangat kami supaya memberikan komitmen yang tinggi untuk anda dan sentiasa mengingatkan kami supaya memberikan kualiti yang terbaik.

Terima kasih kepada bekas-bekas pelanggan kami yang telah memberikan kepercayaan kepada True Love Photography dari pelanggan pertama kami Nik & Arifah sehingga ke pelanggan yang akan datang. Terima kasih kami ucapkan.


Categories: