True Love Photography

BEAUTY STYLE HIJAB 2012

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, diberi lagi peluang untuk mencoretkan segala aktiviti yang berjalan sepanjang hari sabtu (semalam), Semalam kami menghadiri program yang dianjurkan oleh Fauzan Lazi Photographer, anda boleh klik pada link disebelah untuk melihat gambar-gambar yang dihasilkan oleh Fauzan Lazi sendiri ok! Bagus... dalam program tersebut 5 model telah memakai baju/busana muslimah daripada theownfai, terima kasih kepada theownfai kerana menaja pakaian untuk model tersebut, cantik-cantik busana muslimah yang disediakan oleh theownfai, kepada wanita di luar sana yang mencari busana muslimah boleh   melawati blog theownfai harga pun berpatutan.

Program yang diadakan ini dihadiri hampir 30 orang jurugambar kebanyakkan dari sekitar ipoh juga. Kami tidak melepaskan peluang untuk turut serta  memeriahkan program yang dijalankan dan menyokong segala aktiviti yang berkaitan fotografi. Terima kasih kepada penganjur kerana mengundang kami untuk menghadiri program tersebut.

Dan ini adalah sedikit gambar yang kami dapat kongsikan bersama dengan anda sepanjang program berlangsung.

Fotografi Hijab & Jurugambar Perkahwinan

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama beraksi dengan mereka.

Fotografi Hijab & Jurugambar Perkahwinan

Fotografi Hijab & Jurugambar Perkahwinan

Fotografi Hijab & Jurugambar Perkahwinan

Fotografi Hijab & Jurugambar Perkahwinan

Fotografi Hijab & Jurugambar Perkahwinan
Fotografi Hijab & Jurugambar Perkahwinan

Fotografi Hijab & Jurugambar Perkahwinan

Cantik bukan busana dari theownfai? Jadi apa lagi..shoppinglah sekarang selagi stok masih ada. Kalau ada program pada masa akan datang jangan lupa jemput kami lagi ok!! Oh, sebelum terlupa pada minggu hadapan pada hari Ahad nanti satu lagi program bakal berlangsung, iaitu OUTING AMAL FOTOGRAFI BERSAMA FAZER AHMAD dan jemputan istimewa "photographer" daripada PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER akan bersama-sama untuk berkongsi segala pengalaman dan pengetahuan mereka dalam bidang fotografi perkahwinan jadi kepada anda di luar sana yang ingin mendapatkan ilmu daripada mereka boleh menghadirkan diri pada program tersebut, jangan risau tiada yura dikenakan, ini adalah amal jariah kami kepada dunia fotografi, kami juga turut serta dan berkerjasama untuk menjayakan program sehari itu. Jumpa anda di sana!!!

Fotografi Hijab & Jurugambar Perkahwinan

Leave a Reply